Thursday, August 13, 2009

KPI

Key Performance Indicators (KPI) merupakan satu perkataan yang sering disebut2 pada masa ini..prestasi sesebuah organisasi atau individu dinilai dan diukur dengan KPI..sejauh mana KPI ini dicapai dan diterjemahkan dalam data yang boleh dinilai..

6-8 Ogos 2009: menghadiri bengkel KPI untuk menanam komitmen dan janji untuk mencapai KPI organisasi..berjumpa sahabat2 dari Kelantan, membuatkan bengkel lebih terasa seronoknya..kesempat
an yang ada tidak dilepaskan untuk berbincang soal kerja yang bertimbun selama ini..
06/08/09, malam: bengkel dimulakan dengan penerangan tentang KPI oleh Timbalan Pengarah seterusnya kami dibahagikan kepada 4 kumpulan..aku ditempatkan di kumpulan 3..semua kumpulan diberi tugasan untuk dibincangkan dan membentangkan kepada semua..

hari berikutnya penceramah luar dijemput untuk menerangkan lebih mendalam kaedah dan penilaian KPI dilakukan..selain itu, seorang pakar juga dibawa khas untuk membicara tentang Project Management..sebelah petang, sesudah solat Jumaat, perbincangan kumpulan diteruskan..malamnya, perbentangan oleh setiap kumpulan dijalankan dengan jayanya..

08/08/09: perbincangan antara Top Management dan wakil kumpulan dilakukan..KPI dan Action Plan yang dicadangkan oleh setiap kumpulan diteliti dan dipilih untuk dilaksanakan..seterusnya, hasil perbincangan diterangkan kepada peserta bengkel dan bacaan Akujanji KPI dilakukan..

selesai Akujanji, Pengarah membuat kesimpulan kepada bengkel yang telah diadakan..dan semestinya sesudah bengkel, pasti ada sesi bergambar beramai-ramai..dan bengkel ini tidak terkecuali..kepada jawatankuasa penganjur dan perserta bengkel, terima kasih atas bengkel yang dianjurkan ini..

sehingga berjumpa lagi dibengkel yang akan datang..

No comments:

Post a Comment