Thursday, August 13, 2009

niat dalam amal

Barangsiapa mengkehendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti kami beri balasan penuh atas pekerjaan mereka di dunia sengan sempurna dan mereka di dunia tidak akan dirugikan. Itulah org yang tidak memperoleh sesuatu di akhirat kecuali neraka, sia2lah di sana apa yang telah mereka usahakan di dunia dan terhapuslah apa yang telah mereka kerjakan. (11:15-16)

Ayat di atas dipetik dari surah Hud menceritakan pentingnya niat. Benarkah niat penting? Rasanya dengan adanya dalil nakli dan dikuatkan lagi dengan dalil akli hadis pertama riyadussalihin dan hadis 40 imam nawawi dah cukup menggambarkan pentingnya niat dalam kehidupan seharian.

Saya sendiri, menangis sedih membaca ayat ini, betapa amal saya selama ini dirasakan sia2 kerana tidak dihadirkan niat kerana Allah Ta’ala. Hampir 15 tahun menimba ilmu, apakah niat sebenar saya yang terdahulu? Semoga Allah mengampuni saya dan kita semua..menerima amal2 kita yg lepas sebagai ibadah kepadanya.

Hadis pertama..setiap amal bergantung kepada niat, siap yg hijrah kerana allah dan rasul maka mendapat Allah dan rasul. Barangsiap berhijrah kerana dunia dan isinya maka bagi mereka pa yg diniatkan. Rasulullah bersabda ketika hijrah kerana pada ketika itu ada seorang pemuda yg turut berhijrah utk mengahwini ummu Qais.

Dalam diri kita? Dalam melakukan kerja harian pernah x terlintas kita mandi kerana Allah. Gosok gigi kerana Allah. Bukan maksud saya perlunya lafaz niat dalam setiap perbuatan kita...tetapi pernahkan kita meletakkan matlamat akhir kita kepada Allah? Da tentu badan bersih selepas mandi,nafas segar, tapi di sisi Allah adakah kesegaran dan kebersihan itu memberikan kesan?

Yang lepas biarkan berlalu, yg kini dan akan datang sama2 kita luruskan niat kita sebelum melakukan kerja, semasa dan sesudah. Bekerja bukan untuk dapat gaji..bukan untuk masyarakat sahaja..paling penting bukan untuk negara..tapi ini amanah allah ke atas kita. Kita adalah trustee..pemegang amanah Allah..besar gaji..besarlah amanah Allah pd kita..bukan besar belanja.


Ummu Mujahid

130809

No comments:

Post a Comment