Wednesday, December 9, 2009

alhamdulillah..

22 November 2009..ahad

hari yang merakamkan permulaan bab baru dalam hidup..panas tangan jurunikah masih terasa..gurauannya sebelum akad bahkan selepas akad masih terbayang dimata, terngiyang di telinga..

segala pujian bagi Allah..dengan sekali lafaz, sah aku menjadi suami kepada buah hatiku selama ini..dengan restu dari ayah bonda dan keluarga, aku berharap agar ikatan ini akan terus kekal dan mekar hingga di syurga Allah..Amin

Thursday, November 19, 2009

petua kebahgiaan rumahtangga..

Petua untuk bahagia

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ¡gerak batin¢ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan..

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ¡menang-menang¢ .

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ¡pasangan¢.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ¡I love you¢ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

darjat isteri..

Darjat Seorang Isteri

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak.

Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai kerana Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah."

cinta & perkahwinan..

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya..

Pelajar: Guru, apakah erti cinta?Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana ,berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. sekiranyakamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan, tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta.

Dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan?

Guru: Ada hutan yang subur di depan sana . Berjalanlah kamu, tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja. Dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.

Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan.

Tamat..


Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Friday, November 13, 2009

walimatul urus..


“Dialah yang menciptakan kalian dari satu orang, kemudian darinya Dia menciptakan istrinya, agar menjadi cocok dan tenteram kepadanya” (Al-A’raf 189)


Ya Allah
Andai Kau berkenan,
limpahkanlah kepada kami cinta
yang menjadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijatul Qubra,
yang Kau jadikan mata air kasih sayang Imam Ali dan Fatimah Azzahra
yang Kau jadikan penghias nabi-Mu yang suci

Ya Allah
Kami bersujud memohon redha-Mu,
jadikanlah kami pasangan yang saling mencintai dikala dekat,
menjaga kehormatan dikala jauh,
saling menghibur dikala duka,
mengingatkan dikala bahagia serta
saling mendo’akan dalam ketaqwaan
doakan kelancaran majlis kami dan kebahagian baitul muslim

Tuesday, November 3, 2009

03 Nov 2009

ulangtahun pertama..

bukan ulangtahun perkahwinan..bukan pula ulangtahun kelahiran..juga bukan ulangtahun pertunangan..

03 November 2008..melangkah masuk ke bangunan tempat kerja buat kali pertama..bertemu dengan wajah yang sudah dikenali serta majoriti wajah dan diri yang belum dikenali..wajah dan diri yang belum dikenali itu, semakin hari semakin dikenali..bahkan wajah2 itu ada yang tidak lagi bersama kami di sini..

03 Nov 2009..

SUKA ATI ABG LA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

terpacul ayat ini di skrin..marah benar bunyinya..suka ati abg la..ayat yg menutup segenap ruang untuk bicara dan keterbukaan minda, hati dan perasaan..entah kenapa begitu sekali amuknya..hp juga di 'off', seolah tidak mahu lg bicara..YM juga sudah sign out..namun aku terus juga menaip dengan harapan dia hanya 'halimunan' dan tidak sign out serta membaca setiap baris ayat yang aku tuliskan..

kenapa begitu sekali?jawapannya mudah, ia disebabkan isu yang dibincangkan tadi..isu KEK..ya kek yang sedap dimakan bila lapar, tetapi ada juga golongan manusia yang tidak gemar makan kek..kek yang kerap dipotong sambil diiring nyanyian Selamat Hari Jadi semasa birthday celebration..kek yang juga sering menjadi hantaran bagi 2 jiwa yang disatukan hati, jiwa, fikir, perasaan dan dirinya dengan lafaz Aku Terima Nikahnya..

itulah yang menjadi duri dalam daging, api dalam sekam pada hari ini..pagi2 dikejutkan dengan mimpi 'aneh' dia, belum habis memikirkan hal itu, isu kek pula timbul..kenapa marah dengan kek yang biasa yang disaluti krim diatasnya?kenapa mahu kek yang tahan lama, yang tidak cair yang lebih mahal harganya?berkira ke aku atau kedekutkah aku jika hanya memberi kek yang biasa sebagai hantaran?

kek itu mahu dibawa ke majlis pada malam harinya..owh, aku diberitahu itu..ya, itulah sebab musabab mengapa kek yang tahan lama perlu untuk hantaran..maaf, aku tidak mengetahui hal ini..aku sangkakan akan ada kek yang lain untuk majlis pada malamnya..

merenung dan berfikir..

jauh di sudut hati, aku tidak fikir itu sebab utama ayat SUKA ATI ABG LA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! muncul..itu cuma luahan rasa yang tidak puas hati apabila dia bersungguh2 untuk memberi yang terbaik untuk walimah nanti..soal wang dan belanja bukan lagi menjadi soal apabila hati melonjak2 untuk memastikan walimah nanti menjadi yang terbaik dan memuaskan hati setiap yang hadir..dalam kesungguhan dan keinginan sebegitu, aku seolah2 memotong 'semangat' yang membara itu dengan kek yang 'biasa2' sahaja..hmm, hati mana yang tidak terasa jika untuk hari yang bersejarah itu, bakal suami seolah2 hanya memberi yang 'suam2 kuku' sedangkan dia telah memberi the best untuk bakal suaminya..

untuk dia yang bertakhta di hati..

hanya ucapan maaf yang dapat dipohon atas kedangkalan akal dan fikiran abg dalam hal ini..dengan izin Allah, apa yang diminta akan diusahakan dan diterjemah kepada realiti..masakan mahu lagi memberi yang 'biasa2' jika sudah mengetahui hal sebenarnya..

sedih hati bila buat dia terasea, sepatutnya aku membuat dia bahagia, apalagi dalam tempoh waktu yang critical ini..aku juga mahu kedamaian jiwa, ketenangan hati dalam menuju hari bersejarah nanti..

buat dia yang abg sayang..

jangan la marah lagi..usahla dibiarkan perasaan menguasai kewarasan..jangan dibiar rajuk dan resah beraja di hati yang tulus itu..

ulangtahun pertama di sini, disiram dengan tarbiyah Allah untuk aku bersabar dan menerima teguran dari bakal isteriku..mungkin aku tidak sensitif dengan perkara seperti ini dan Allah mahu mendidik agar hati ini lebih mudah memahami hati si dia dan menghormatinya pandangan dan peranannya dalam hidupku nanti..untuk lebih memberi daripada menerima..untuk lebih melaksankan peranan daripada menuntut hak yang takkan habis dihitung..

ingin aku kongsi SMS yang kuterima pagi tadi..

I want to live in your eyes, die in your arms and buried in your heart..

jiwa hamba

Friday, October 30, 2009

renungan..

melihat kepada lampiran..terdetik..tgn menari..minda berlari..

melihat dalam diri...segunung dosa berterusan dilakukan..sedangkan rahmat Allah melaut luas...agungnya Allah..

saya bukanlah penulis hebat..sekadar berkongsi rasa dan amat mahu jiwa lain tersentuh dan semakin dekat dan sayang kepada pencipta

jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolong kamu selepas itu..kerana itu hendaklah allah sahaja org2 mukmin bertawakkal (3:160)

hamba Allah sekalian..

sekali ujian melanda..bagaimana kita berhadapan?

maka apb manusia ditimpa bencana dia menyeru kepada kami, kemudian apabila kami memberikan nikmat kepadanya, dia berkata "sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku. sebenarnye itu adalah ujian tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (39:49)

sedar atau x...sering kali kite agk down bile diuji dengan ujian..sy sendiri..xdpt bygkan..bagaimana kalu diuji..sedangkan bile dibanding kan 1 ujian dengan bjuta rahmat yg allah beri..mate, deria,suara..amat kecil bandingan ujian itu..berkata saya kepada diri...bagaimana nanti kalau kamu diuji?berat sekali?

memotivasikan org lain mmg mudah..kenapa berkeluh kesah dengan 1 ujian sedangkan rahmat melimpah? jadi sy menyeru kepada diri dan ukhti+akhi semua...dunia adalah persinggahn..lapangan ujian..manfaatkan

"...kami beritakan kpd mereka apa yg telah mereka kerjakan. sesungguhnya Allah maha mengetahui isi hati. kami biarkan mereka bersenang2 sebentar, kemudian kami paksa mereka masuk ke dalam azab yg keras" (31:23-24)

jgn kita berprasangka kepada yg lain kerana itu satu dosa (49:12) terutama nya sesama muslim..berikan semangat kepada rakan kita dan cuba jgn berbicara yg tidak elok berkaitan rakan kita..suasana kita tentunya penuh dengan tekanan..tetapi rakanlah pemberi ketenangan dlm suasana ketegangan...biar bagaimanapun penampilan rakan..berkata dalam hati'''wahai hati..carilah keindahan pdnya..bukn kelemahan"..mungkin penampilan kurang menutup aurat..tp hatinya baik..tingkah lakunya sopan..mungkin penampilan sangat menutup aurat..tapi kelakuannya kasar..sama2 ada kekurangan..tetapi hargai..yg kurang menutup aurat mungkn xsedar wajib tutup aurat..tetapi ada kemajuan dalam akhlak..yg menutup aurat telah melakukan yg wajib..tp perlu kemjuan dlm pembaikan diri..sama2 menyokong..cari yg indah..hidup xgundah

maka apb hambaku bertanya kepadamu ttg aku, maka sesungguhnya aku dekat. aku kabulkan permohonan org yg berdoa apb dia berdoa kpdku... (2:186)

ummu mujahid
NEMR

Wednesday, October 21, 2009

hari ini..

menunggu dan terus menunggu..dalam menunggu perlu kesabaran..dalam kesabaran akan ada hikmahnya..

aku diminta menunggu sehingga dia OK..sangat terseksa rasanya..ntah kenapa tibe2 tidak mahu bicara dan bertutur sedangkan pada masa lain senang saje berbicara dan bercerita..

mungkin ada rasa tidak puas hati atau ingin membalas 'rasa' kepadaku..ntahla..sebab tak pernah diberitahu cuma buat andaian yang ditakuti akan tersasar andaian tersebut..mungkin juga kecewa kepadaku..manusia memang mudah kecewa, apatah lagi bila expectation tinggi menggunung namun tidak menzahir menjadi realiti..

belajarlah untuk memberi lebih daripada menerima..belajarlah untuk lebih menunaikan hak daripada menuntut hak..belajarlah untuk berkhidmat lebih daripada mohon diberi khidmat..

dalam memberi, kita juga menerima..dalam menunaikan hak, hak kita juga ditunaikan..dalam berkhidmat, kita juga diberi khidmat..

jika puncanya adalah aku, maaf dan kemaafan dipinta daripada dia..

rindu pada dia yang tidak membisu..wahai hati dan diri, teruslah bersabar..

berikan aku cinta..

Walau aku senyum bukan bererti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu dia di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangMu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga mahu bahagia
Berikan restu dan halalMu
Tuhan beri aku cinta


Wednesday, October 14, 2009

Takkan berpaling dariMu..

Kala malam bersihkan wajahnya dari bintang-bintang
Dan mulai turun setitis air langit dari tubuhnya
Tanpa sedar nikmatnya alam kerana kuasaMu
Yang tak kan habis sampai di akhir waktu perjalanan ini

Terima kasihku padaMu Tuhanku
Tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
Hanya diriMu yang tahu besar rasa cintaku padaMu

Oh Tuhan anugerahMu tak pernah berhenti
Selalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
Dan satu janjiku tak kan berpaling dariMu..

Thursday, October 8, 2009

amalan nurani..

Matahari bersinar, membawa cahaya dan beredar dengan cahaya, maka ia menyinari dan menerangi dunia sejagat ini. Andaikata ia gelap dan mengandungi kegelapan, maka sudah pasti ia menggelapkan dunia ini.. Kita semua berhijrah dan bergerak, meninggalkan kampung halaman dan akan melewati tempat2 yang dekat dan jauh. Andaikata kita mempunyai nur dan cahaya, maka nur dan cahaya itu akan terpancar dari diri kita, sebaliknya bila kita membawa kegelapan, maka kegelapan itulah akan timbul dari diri kita.. Oleh itu, kita mestilah berusaha dengan kesungguhan hati untuk mendapatkan nur itu, agar kita menjadi pembawa cahaya. Nur itu bukanlah ada pada zat manusia, tetapi manusia mendapat nur lantaran amalan nurani. Oleh itu, kita hendaklah memperbanyakkan amalan2 nurani, agar kita mencapai nur itu dan dapat memancarkan kepada orang lain. Di samping itu, kita hendaklah menjauhi amalan2 yang gelap, agar kita tidak menjadi pembawa kegelapan. Na'uzubillah..


AMALAN NURANI


Amalan2 nurani adalah ajaran2 dan sunnah2 Baginda Muhammad SAW yang dikerjakan semata2 untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Maka amalan itu hendaklah dikerjakan sebanyaknya dengan berusaha mendapat khusyuk dan tenang, supaya perilaku kita terus menjadi amalan nurani.
Amalan2 nurani itu ialah:
  1. Berdakwah dengan sepenuh ikhlas untuk mendapatkan keimanan dan keyakinan. Dakwah itu tugas para Anbiya' a.s yang terunggul dan dakwah itu ialah sumber kebaikan dan kebahagiaan bagi makhluk2 Allah SWT.
  2. Ibadat, terutama solat, zikir, membaca Al-Quran, berdoa dan beristighfar.
  3. Mempelajari ilmu (taklim) terutama ilmu yang menyatakan natijah baik dan buruknya amalan perbuatan manusia di akhirat.
  4. Akhlak yang sempurna, yakni akhlak yang diajarkan oleh Baginda Muhammad SAW yang kesimpulannya ialah supaya kita berkelakuan baik dan bermoral tinggi terhadap makhluk2 Allah SWT dengan tujuan mendapat keredhaanNya.
Kerjakanlah amalan2 nurani sebanyak mungkin secara berterusan dan seikhlas mungkin, nescaya akan mencapai nur dan kehidupan akan berubah menjadi nurani..InsyaAllah..

Wednesday, September 16, 2009

Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Puasa merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan puasa Ramadan di mana umat Islam akan berpuasa dan beribadat dengan lebih tekun. Hari Raya Puasa bermula apabila anak bulan kelihatan, menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke sepuluh dalam kalender Hijrah Islam. Anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik di Malaysia.

Perayaan Hari Raya Puasa juga merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila sembahyang sunat Aidil Fitri dimulakan.

Perayaan Hari Raya Puasa bermula sebaik sahaja anak bulan disahkan kelihatan oleh pemegang Mohor Besar Diraja, dimana takbir akan bergema di masjid-masjid menandakan mulanya perayaan Hari Raya Puasa. Pada keesokkan harinya, pada awal sebelah pagi, sesetengah orang akan pergi membersihkan perkuburan orang yang disayangi dan berdoa agar roh mereka dirahmati Allah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Sembahyang sunat Hari Raya Puasa sebanyak 2 rakaat pula akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak lewat sedikit berbanding Hari Raya Korban. Kita disunatkan untuk makan sedikit sebelum menunaikan sembahyang sunat Aidil Fitri. Selain itu kita disunatkan juga untuk pergi dan balik daripada mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri melalui jalan yang berlainan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu, mereka yang muda akan memohon kemaafan daripada mereka yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi antara sesama mereka.

Pada hari raya, Aidil Fitri, kita disuruh agar membantu mereka yang dari golongan fakir miskin. Mereka yang malang ini jangan dilupakan dan hendaklan diraikan dan diberi bantuan sekadar yang mampu.

Selepas meraikan hari raya Aidil fitri, orang Islam juga disunatkan untuk berpuasa enam hari atau 'puasa enam'. Puasa enam boleh dilakukan secara berturut-turut atau berselang-seli tetapi mesti dihabiskan di dalam bulan Syawal. Ini berdasarkan sabda Nabi S.A.W.

"Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian diikuti puasa itu dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka pahalanya sama dengan nilai puasa satu tahun (penuh)." (Riwayat Muslim.)

suami soleh 2..

21. Bila keluar out-station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.
22. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
23. Sokong pendapat isteri kalau beliau bertentangan pendapat dengan orang lain.
24. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa ke semasa.
25. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masaalah isteri.
27. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama isteri.
28. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan jauh bila berjalan.
29. Buatkan air minuman atau seumpamanya untuk isteri sekali-sekala. Bila makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
30. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.
31. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain semasa dikhalayak ramai.
32. Belikan hadiah-hadiah kecil dari semasa ke semasa -- minyak wangi, jamu dll
33. Beri respond yang positive bila mendengar isteri bercerita.
34. Bila isteri kurang sihat, beri perhatian yang sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana mereka memanjakan kita.
35. Masuk tidur serentak dengan isteri. Jangan tunggu program TV habis baru masuk tidur.
36. Belai isteri sebelum pergi kerja.
37. Cuba ketawa bila isteri buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.
38. Ucapkan terima kasih diatas setiap khidmat yang isteri berikan.
39. Cari masa untuk berdua-duaan sekali-sekala. Lakukan riadhah bersama isteri. Pergi berkelah sekali-sekala.
40. Tolong cuci atau jemur pakaian sekali-sekala.
41. Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
42. Cuba berikan / tunaikan apa yang isteri hajati.
43. Nyatakan yang anda merinduinya bila berjauhan.
44. Bawa pulang ole-ole / kuih kegemaran isteri sekali-sekala.

45. Sentiasa lakukan ibadah bersama.

Semoga aku menjadi suami yg soleh buat isteriku..

Friday, September 11, 2009

mimpi Rasulullah SAW..

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan..."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan,setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-tenderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis- nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Ya Allah, semoga aku tergolong dalam golongan ini..isteri dan anak2ku..

Wednesday, September 9, 2009

Perang Badar..

Perang Badar terjadi pada 7 Ramadhan, dua tahun setelah hijrah. Ini adalah peperangan pertama yang mana kaum Muslim (Muslimin) mendapat kemenangan terhadap kaum Kafir dan merupakan peperangan yang sangat terkenal karena beberapa kejadian yang ajaib terjadi dalam peperangan tersebut. Rasulullah Shallalaahu 'alayhi wa sallam telah memberikan semangat kepada Muslimin untuk menghadang khafilah suku Quraish yang akan kembali ke Mekkah dari Syam. Muslimin keluar dengan 300 lebih tentara tidak ada niat untuk menghadapi khafilah dagang yang hanya terdiri dari 40 lelaki, tidak berniat untuk menyerang tetapi hanya untuk menunjuk kekuatan terhadap mereka. Khafilah dagang itu lolos, tetapi Abu Sufyan telah menghantar pesan kepada kaumnya suku Quraish untuk datang dan menyelamatkannya. Kaum Quraish maju dengan pasukan besar yang terdiri dari 1000 lelaki, 600 pakaian perang, 100 ekor kuda, dan 700 ekor unta, dan persediaan makanan mewah yang cukup untuk beberapa hari.

Kafir Quraish ingin menjadikan peperangan ini sebagai kemenangan bagi mereka yang akan meletakkan rasa takut di dalam hati seluruh kaum bangsa Arab. Mereka hendak menghancurkan Muslimin dan mendapatkan keagungan dan kehebatan. Banyangkan, pasukan Muslimin dengan jumlah tentara yang kecil (termasuk 2 ekor kuda), keluar dengan niat mereka hanya untuk menghadang 40 lelaki yang tidak bersenjata akan tetapi harus menghadapi pasukan yang dipersiapkan dengan baik 3 kali dari jumlah mereka. Rasulullah SAW dengan mudah meminta mereka Muslimin untuk perang dan mereka tidak akan menolak, akan tetapi, baginda SAW ingin menekankan kepada pengikutnya bahwa mereka harus mempertahankan keyakinan dan keimanan dan untuk menjadi pelajaran bagi kita. Baginda SAW mengumpulkan para sahabatnya untuk mengadakan musyawarah. Banyak di antara sahabat Muhajirin yang memberikan usulan, dengan menggunakan kata-kata yang baik untuk menerangkan dedikasi mereka. Tetapi ada seorang sahabat yaitu Miqdad bin Al-Aswad r.a, dia berdiri dihadapan mereka yang masih merasa takut dan berkata kepada Rasulullah SAW,

"Ya Rasulullah (SAW)!, Kami tidak akan mengatakan kepadamu seperti apa yang dikatakan oleh bani Israel kepada Musa (AS), 'Pergilah kamu bersama Tuhanmu, kami duduk (menunggu) di sini'' (Dalam surah Al-Maidah). Pergilah bersama dengan keberkahan Allah dan kami akan bersama dengan mu!".

Rasulullah SAW merasa sangat suka, akan tetapi Rasulullah hanya diam, baginda menunggu dan beberapa orang dari sahabat dapat mengetahui keinginan Baginda SAW. Sejauh ini hanya sahabat Muhajirin yang telah menyatakan kesungguhan mereka, akan tetapi Baginda menuggu para sahabat Anshor yang sebagian besar tidak hadir dalam baiat 'Aqaabah untuk turut serta dalam berperang melawan kekuatan musuh bersama-sama Rasulullah SAW di luar kawasan mereka. Maka, pemimpin besar sahabat Anshor, Sa'ad bin Muadh angkat bicara, "Ya Rasulullah (SAW) mungkin yang engkau maksudkan adalah kami". Rasulullah SAW menyetujuinya. Sa'ad kemudian menyampaikan pidatonya yang sangat indah yang mana dia berkata,

"Wahai utusan Allah, kami telah mempercayai bahwa engkau berkata benar, Kami telah memberikan kepadamu kesetiaan kami untuk mendengar dan thaat kepadamu... Demi Allah, Dia yang telah mengutusmu dengan kebenaran, jika engkau memasuki laut, kami akan ikut memasukinya bersamamu dan tidaka ada seorangpun dari kami yang akan tertinggal di belakang... Mudah-mudahan Allah akan menunjukkan kepadamu yang mana tindakan kami akan menyukakan mu. Maka majulah bersama-sama kami, letakkan kepercayaan kami di dalam keberkahan Allah".
Rasulullah sangat menyukai apa yang disampaikan dan kemudian baginda bersabda, "Majulah ke depan dan yakinlah yang Allah telah menjajikan kepadaku satu dari keduanya (khafilah dagang atau perang), dan demi Allah, seolah olah aku telah dapat melihat pasukan musuh terbaring kalah". Pasukan Muslimin bergerak maju dan kemudian berhenti sejenak di tempat yang berdekatan dengan Badar (tempat paling dekat ke Madinah yang berada di utara Mekkah). Seorang sahabat bernama, Al-Hubab bin Mundhir ra., bertanya kepada Rasulullah SAW, " Apakah Allah mewahyukan kepadamu untuk memilih tempat ini atau ianya strategi perang hasil keputusan musyawarah?". Rasulullah SAW bersabda, "Ini adalah hasil strategi perang dan keputusan musyawarah". Maka Al-Hubab telah mengusulkan kembali kepada Rasulullah SAW agar pasukan Muslimin sebaiknya bermarkas lebih ke selatan tempat yang paling dekat dengan sumber air, kemudian membuat kolam persediaan air untuk mereka dan menghancurkan sumber air yang lain sehingga dapat menghalang orang kafir Quraish dari mendapatkan air. Rasulullah SAW menyetujui usulan tersebut dan melaksanakannya. Kemudian Sa'ad bin Muadh mengusulkan untuk membangun benteng untuk Rasulullah SAW untuk melindungi beliau dan sebagai markas bagi pasukan Muslimin. Rasulullah SAW dan Abu Bakar r.a tinggal di dalam benteng sementara Sa'ad bin Muadh dan sekumpulan lelaki menjaganya.

Rasulullah SAW telah menghabiskan sepanjang-panjang malam dengan berdoa dan beribadah walaupun baginda SAW mengetahui bahwa Allah ta'ala telah menjanjikannya kemenangan. Ianya melebihi cintanya dan penghambaannya dan penyerahandiri kepada Allah ta'ala dengan ibadah yang Baginda SAW kerjakan. Dan ianya telah dikatakan sebagai bentuk tertinggi dari ibadah yang dikenal sebagai 'ainul yaqiin.

menuju alam perkahwinan..

Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian diawal perkenalan dengan pasangan masing masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu disyarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan -jalan dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K' diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu "Kenal", "Kelas", "Kufu", "Kasih" dan akhir sekali "Kahwin".

KENAL
Kita disuruh kenal/ta'ruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata-mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah disuruh dan dicari orang yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya. Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.

"Apakah kamu kenal lelaki ini?" tanya Omar
"Ya, saya kenal," jawab lelaki tersebut. Omar bertanya lagi...
"Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?"
Lelaki itu menjawab tidak pernah, Omar bertanya lagi "Pernahkah kamu bermu'amalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan-kawannya"

Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya. Risik merisik latarbelakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya.. Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat-sahabat yang akrab dengannya..

Adalah berdosa besar jika antara kedua-dua belah pihak BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK-ANSUR dapat dibuat dalam apa juga perkara.

KELAS
Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Kelas yang dimaksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam, sentiasa 'alert', sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat 'MEMBINA' untuk menjaga akhlak dalam Islam.

KUFU
Kufu amat diberatkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam. Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya. Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur. Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yang serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh diselaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga.

KASIH

Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang ditekankan ialah di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis:

"Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan
perkahwinan"Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam''.

Rasulullah memberitahu:
"Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu"

Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga.. Sememangnya terdapat " Orang orang yang benar-benar redha dengan pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada HATI kaum lelaki" Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok. Kasih yang dipupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga. Hadis Nabi ada menyatakan:

"Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunannya dan Barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua duanya."

Keberkatan memang dititik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita dipasakkan dengan betul. InsyaAllah perkahwinan akan diberkati dan dilindungi. Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.

REDHA
Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya, Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dengan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka.

"Apa yang dikatakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya" Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur :ayat 26:

"Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik"

Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri dianggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima. Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang. Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa ..

Begitu juga sebaliknya masalah berlaku Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti "AKU UBAHLAH PERANGAINYA". Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk. Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga..

semoga perkahwinanku dirahmati selalu..

Sunday, September 6, 2009

2 malaikat:kasih Allah pada hambaNya..

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka
malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?"

Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi,"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"

Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,"Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

jiwa hamba

keluhan dan jawapan..

JANGAN MENGELUH ..Kita selalu Bertanya dan Al-Quran sudah menjawabnya.

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia engetahui org2 yg dusta." (Al-Ankabut:2-3)

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah:216)

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah:286)

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." (Al-Imran:139)

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Al-Baqarah:45)

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min,diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka? (At-Taubah:111)

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(At-Taubah:129)

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah
melainkan kaum yg kafir." (Yusuf:12)


jiwa hamba


Friday, September 4, 2009

malu..oh..malu

Aduhai malu??

Aduhai, setiap wanita dikurniakan ALLAH swt dengan sifat MALU,
Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya,
Kerana Malu si wanita tahu menilai batas-batas sosialnya,
Kerana MALU juga si wanita gagal diperdayakan pujukan nafsu,

Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya,
Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan dirinya tergadai,
Kerana hilang MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM dan apa itu HALAL,
Kerana hilang MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu,

Aduhai..setiap lelaki juga dikurniakan oleh ALLAH swt sifat malu,
Kerana MALU, si lelaki nasihatkan diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT,
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial pergaulan,
HALAL dan HARAM tu kena INGATI,
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya,
JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA.
Selalu mengingatkan dengan berkata " TAKUTLAH AKAN ALLAH"

Kina si lelaki sudah hilang MALUnya,
Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR,
Kerana hilang MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt,
Kerana hilang MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf khalifahi,
Sabda Rasulullah saw,SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.

Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkan MALU itu bukan pada tempatnya,
MALULAH kamu pada ALLAH swt kerana ingkar akan suruhanNYA,
MALUlah kamu dengan RASULULLAH saw kerana meninggalkan sunahnya,
MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN,
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU,
MALUlah kamu kerana melawan kata IBU BAPA,
MALUlah kamu atas DOSA-DOSA kamu.

Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan kita dari FAHSYAR dan MUNGKAR!!!

malu, diamilah hatiku dan isteriku agar kami terpelihara dari dosa dan noda..

pasangan..

ADA kalanya seseorang memiliki pasangan hidup berparas menarik tetapi cakapnya pedas lagi menyinggung. Ada pasangannya rupawan, bahasanya sedap didengar tetapi sangat boros.
Ada pula pasangannya indah dan jimat tetapi malas beribadah. Kerencaman dalam mencari jodoh ini pernah diibaratkan dalam satu hadis:

'Manusia itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat sulit kamu menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya.' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Pasangan ideal memang sukar diperolehi dalam zaman penuh dugaan. Ada gadis yang mengeluh kerana sudah penat mencari calon suami yang berkelayakan, gagah dan lawa, tenang dan
lembut serta kuat beribadah. Ada teruna mengeluh sukar mencari calon isteri yang cantik, senang dipandang, sabar, jimat, suka beribadah dan pandai mengambil hati ibunya.
Nasihat Rasulullah saw berkenaan kekurangan yang ada pada pasangan kita:

'Hendaknya seorang Mukmin tidak meninggalkan seorang Mukminah. Kalau dia membenci suatu perangai pada diri isterinya, dia pasti menyenangi perangai yang lain.'

Pesan Rasulullah sejajar dengan firman Allah:

'Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan
padanya kebaikan yang banyak.' (An-Nisaa: 19)

Sebagai pasangan (baik suami mahupun isteri), janganlah kita membiarkan begitu saja beberapa aib atau kekurangan pasangan kita. Alasan bahawa sikap sudah begitu sejak mula - tidak boleh dipakai sama sekali. Sikap manusia boleh diubah selagi ia sanggup merubahnya. Suami hendaklah berdakwah kepada isteri dan begitu juga sebaliknya.

'Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.' (Surah An-Nahl: 125).

Dakwah paling asas adalah dengan pasangan kita sebagaimana Rasulullah saw menyampaikan kisah baginda menerima wahyu kepada isterinya, Khadijah. Ia diikuti dengan anak-anak dan orang-orang terdekat. Oleh itu, suami/isteri perlu menggilap cara merubah sikap pasangan dengan cara paling elok menunjukkan contoh dan hujah. Kekasaran atau pukul bantai tidak
boleh dibuat untuk memaksa seseorang berubah. Selain ikhlas dalam menasihati, penting
pula ikhlas dalam menerima nasihat. Ketika kita dinasihati, hendaknya kita kendalikan serta lunakkan hati kita untuk ikhlas menerimanya.

KEBAHAGIAAN TIDAK AKAN HADIR DENGAN SEKELIP MATA. IANYA HARUS DIPUPUK DENGAN PERASAAN KASIH SAYANG YANG TIDAK BERBELAH BAGI.

semoga aku menerima isteriku seadanya..

Wednesday, September 2, 2009

cinta tanpa syarat..

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialong mereka...

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang cintakan Sayang.

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki yang tahu
menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:

Sayang, jika disebabkan suaramu, aku menyintaimy... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?

Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."


semoga cintaku untuk isteriku juga tulus dan kerana Dia

jiwa hamba

suami soleh..

setiap jiwa dan hati yang disatukan dengan ikatan pernikahan inginkan kebahagian dan kehormonian dalam rumahtangga..antara tujuan pernikahan itu adalah untuk mengecap nikmat bahagia dan kasih-sayang antara suami isteri juga anak2..suami sebagai nahkhoda wajib memainkan peranan utama dalam mencorak warna kasih dan sayang dalam bahtera rumahtangganya..dan suami juga mempunyai peranan tertentu dalam memastikan kerukunan tetap terpelihara..

bagaimana mahu menjadi suami yang soleh?selain ilmu agama dan rumahtangga, pelbagai cara dapat dilaksanakan dalam kehidupan seharian untuk mendalamkan lagi rase kasih dan sayang antara suami dan isteri..percayalah, walau sekecil mane perilaku/tindakan itu, ia amat besar bagi seorang wanita bergelar isteri..selamilah hati isteri untuk merase pengharapan dan keinginannya..bukan harta, wang ringgit yang menjadi dambaan tetapi kasih sayang dan perhatian dari si suami..

antara panduan untuk suami:

1. Sentiasa berdoa agar disayangi.
2. Bila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
3. Tunjukkan keperihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari. Berlatih untuk mendengar dengan baik. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
4. Berikan sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yg berkualiti terhadap isteri.
5. Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk.
6. Tolong masak atau ajak makan diluar sekali-sekala.
7. Beri pujian mengenai penampilan isteri -- rambut, wajah, pakaian dll.
8. Pujuk bila isteri marah atau kecil hati.
9. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
10. Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak
11. Bila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
12. Bila isteri minta bantuan, nyatakan "boleh" atau "tidak boleh" dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
13. Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Beritahu yang anda perlu bersendirian untuk berfikir. Bila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
14. Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, letakkan surat khabar / tutup tv
15. Bila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
16. Beri tahu bila kita ingin berehat atau tidur.
17. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang tujuh kali sehari.
18. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin memberitahu "I love you".
19. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurang dua kali sehari.
20. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur. Tolong terbalikkan stokin atau seumpama nya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.


dari Tanya Sifu.com

panduan untukku menjadi suami penyejok mate dan hati isteriku..

Thursday, August 27, 2009

khutbah wida'..

Khutbah terakhir Rasulullah SAW

Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9
Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda
menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi
dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku
tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua
selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini
dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini
pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini
sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai
amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada
pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang
lain tidak menyakiti kamu lagi.. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan
menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala
amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan
yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia
telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara
besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam
perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu,
mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka
menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak
diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah
wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka
kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.
Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh
memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan
dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,
sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan
Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah
ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim
adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak
seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa
dan beramal saleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.
Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari
landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang
selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia,
nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku
sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti
kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah
Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada
orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka
yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku
sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."


madzul, jiwa hamba

Wednesday, August 26, 2009

pesanan buat insan bergelar isteri..

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.


Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.


Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.


Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.


Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.


Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.


Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”


dari sumber tertentu,

dikirim oleh belahan hatiku..

Tuesday, August 25, 2009

fikir atas perkahwinan..

Masih ingatkah kita dengan kata-kata "separuh dien"? Ya kata-kata yang disadur dari hadis nabi, yang sering dijadikan motivasi untuk segera menikah. Tapi sudahkah kita coba menyelami makna dari menggenapkan separuh dien ini?

Saudaraku fillah, perjalanan hidup ini membawa kita dari satu episode ke episode yang lain dalam suatu sinetron yang kita tak tahu kapan ceritanya berakhir. Dalam suatu episode kita dituntut memegang suatu peran dan pada episode yang lain kita diberi peran baru lagi tanpa harus meninggalkan peran yang lama, sehingga semakin lama episode kehidupan yang kita jalani semakin banyak peran yang harus kita lakoni, semakin berat amanah yang harus kita pikul.

Dalam perjalanan hidup kita yang mencoba menggenapkan separuh dien ini, mau tak mau Sang Sutradara akan memberi kita peran baru, bahkan diantara kita ada yang diberi dua peran sekaligus, ya kita pasti tahu peran itu sebagai suami dan ayah atau sebagai istri dan ibu. Memegang satu peran saja tidak mudah apalagi harus menjalani dua peran atau lebih sekaligus. Di saat yang bersamaan kadang2 beberapa peran menuntut loyallitas kita, pada saat itulah skala prioritas menjadi suatu keniscayaan.

Saudaraku fillah, sebagai laki2 menjadi ayah dan suami adalah suatu peran yang tidak bisa kita lepaskan ketika kita memilih episode pernikahan. Kita sering mendengar berapa banyak orang yang gagal memerankan peran ini dengan baik, sehingga selalu saja ada episode perpisahan atau perceraian.

Kadang2 cerita-cerita indah pernikahan yang pernah diidamkan hanya tinggal dongeng2 impian yang tak pernah berwujud kenyataan. Berapa banyak para suami yang mengeluhkan sikap istrinya, dan berapa banyak ayah yang tidak bisa mengerti bagaimana cara menghadapi anaknya. Demikian pula sebaliknya berapa banyak istri yang merasa diperlakukan tidak manusiawi dan anak yang merasa tidak dikasihi.

Dalam sebuah buku yang ditulis oleh seorang pendeta (untuk diambil hikmahnya), dia mengatakan bahwa kadang orang tertipu oleh angan2nya sendiri, dia menganggap bahwa pasangannya akan selalu siap melayani dia, dia menganggap bahwa pasangannya akan berjalan sesuai dengan keinginan dia. Dia lupa bahwa pasangannya itu adalah orang lain, yang punya latar belakang yang berbeda dengan dia, yang punya masa lalu yang berbeda dengan dia, dan yang juga punya keinginan seperti dia.

Oleh karena itu ketika kata "AKU" yang bicara, ketika pikiran "AKU" yang digunakan, dan keinginan "AKU" yang diperturutkan maka sudah pasti bukan keharmonisan yang didapatkan. Sama halnya dalam suatu episode drama, ketika suatu peran merasa dirinya yang paling layak dilihat, dirinya yang paling layak didengar dan hanya dirinya yang paling layak diperhatikan maka kita akan merasa jemu melihat pertunjukan drama itu karena hanya dimainkan oleh satu peran.

Saudaraku fillah, dalam episode "rumah tangga" ini Allah sedang mendidik kita untuk berbagi bukan membagi, untuk mengerti bukan dimengerti, untuk mendengar bukan didengar. Menjadi pendengar, pengertian, emapati adalah peran yang paling sulit dilakukan karena itu berarti harus melakukan dua peran sekaligus, yaitu:menjadi suami dan ayah yang pengertian, suami dan ayah yang pendengar dan suami dan ayah empati.

Apalagi bagi seorang laki2, yang merasa punya superioritas peran sebagai "Qowam", seakan-akan menjadi suami dan ayah yang mengerti adalah seperti melakukan dua peran sekaligus yang saling bertolak belakang, karena ketika menjadi suami yang "Qowam" seolah-olah dia merasa dialah yang harus didengar, dimengerti dan diperhatikan.

Maka kita harus mendudukkan fungsi "Qowam" pada tempatnya. Ketika kita disuruh menjaga istri dan anak kita dari api neraka seperti perintah Allah dalam At-Tahrim ayat 6, ketika itulah fungsi "Qowam" harus kita mainkan dengan bijaksana. Kenapa harus ditegakkan dengan bijaksana sebab rasul juga memberi peringatan pada kita untuk hati2 ketika meluruskan sikap pada wanita karena wanita itu bagaikan tulang rusuk, kalau dibiarkan tetap bengkok kalo dipaksa bisa patah.

Ketika fungsi "Qowam" tidak dilakukan dengan bijaksana yang terjadi adalah kesewenangan dan pemaksaaan yang berujung pada sikap perlawanan dan pembangkangan. Hal yang sama juga dapat terjadi pada anak. Anak akan jadi pembangkang bila dia didik dengan pemaksaan dan kediktatoran. Sebaliknya Luqman mengajarkan pada kita dalam Al-Quran agar mendidik anak dengan persuasif dan argumentatif.

Nabi Ibrahim juga memberi teladan bagaimana dia meminta pendapat anak, berdiskusi dengan anak untuk suatu kewajiban yang diperintahkan Allah. Kita juga dapat meneladani bagaimana Rasulullah SAW juga mengajarkan persamaan derajat hukum dimata Allah kepada Fatimah, dan masih banyak lagi contoh yang bisa kita teladani bagaimana menjadi ayah yang terbaik bagi anak kita.

Saudaraku fillah yang dinginkan Sang Sutradara dari peran kita adalah "qowam" yang melindungi, menyayangi dan yang mau mengerti yang menanggalkan segala atribut "kekuasaan", "kesewenangan", dan "keegoisan". Indah sekali perumpamaan Allah SWT yang diberikan pada kita "kamu bagaikan pakaian bagi mereka dan mereka adalah pakaian bagi kamu".

Dari ayat ini kita bisa menangkap pesan yang diinginkan Sang Sutradara, bahwa kita dituntut saling melengkapi, saling mengerti, saling menghargai, dan saling bekerja sama, tidak ada yang merasa harus lebih dihargai, lebih dimengerti dan lebih tinggi. Kalau peran yang diminta Sang Sutradara kita jalani maka kita akan merasa saling mencinta, nyaman, aman, dan tenteram dalam menjalani episode "rumah tangga". Perasaan nyaman, aman, tentreram itu sering kita kenal dengan istilah Sakinah, Mawaddah wa Rahmah.

Saudaraku fillah ketika perasaan sakinah mawaddah wa rahmah itu terjaga dalam hati masing2 pasangan maka jika salah satu pasangan tersebut tiada maka akan dikenang oleh pasangan yang masih hidup. Sebagaimana Rasulullah SAW selalu mengenang Khadijah r.a. walaupun beliau sudah menikah dengan Aisyah yang jauh lebih muda dari Khadijah.

Jadi yang membuat kita terkenang di hati bukan fisik kita tapi pengorbanan kita untuk mau menjadi suami dan ayah yang mau mengerti, mau menyayangi dan empati di mata istri dan anak kita. Semoga Allah memberi kekuatan pada kita untuk menjadi suami dan ayah yang ideal bagi keluarga kita. Amin.


dipetik dari sumber tertentu

dikirim oleh belahan hatiku..