Saturday, August 15, 2009

konvokesyen..

minggu ini kelihatan wajah2 ceria di Universiti..wajah2 ceria yang terlukis kegembiraan dan harapan padanya..kegembiraan kerana ini merupakan hari segala usaha, penat-lelah dan pedih jerih menempuh alam universiti di balas dengan segulung ijazah..lebih manis lagi, hari bersejarah ini disaksikan oleh insan tersayang yang selama ini memberi sokongan dan menitip doa tanpa jemu2 iaitu kedua ibubapa tercinta..

sudah pasti perasaan bangga dan terharu mengalir dalam diri saat nama dipanggil untuk naik ke pentas bagi menerima ijazah yang didambakan selama ini..mungkin juga airmata para ibubapa seakan mahu tumpah melihat saat ini dengan mata mereka send
iri serta berada di dalam dewan untuk menjadi saksi peristiwa ini..bergambar kenangan bersama insan tercinta menjadi satu kewajipan sesudah selesai istiadat konvokesyen..kenangan ini pasti mahu dirakam sedalamnya dalam lubuk hati bagi memperingati detik istimewa ini..

dewan kuliah, panorama universiti, pusat pengajian, fakulti menjadi lanskap terbaik mengiringi kaki graduan untuk bergambar kenang-kenangan..masakan tidak, selama ini inilah 'dunia' mereka yang melatari kehidupan semasa bergelar mahasiswa dan mahasiswi..

namun, cabaran sebenar sedang menunggu graduan ini di luar sana..pekerjaan yang dikejar berbekalkan segulung ijazah ada kalanya tidak semudah yang disangka..dalam dunia realiti, persaingan adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan..graduan terpaksa bersaing sesama mereka untuk mengisi kekosongan yang ada..ada juga yang beralih kepada bidang yang tidak berkaitan dengan apa yang dipelajari di universiti..mungkin kerana minat atau desakan persaingan yang mengarah mereka ke situ..apapun yang dilakukan, pastikan ia halal dan mengikut syariat..tidak menjadi dosa jika tidak menjadi akauntan walaupun lulus pengajian di universiti kerana ruang dan peluang yang sedikit..berkhidmatlah di sektor dan bidang lain untuk memenuhi fardhu kifayah dan mencari rezeki yang halal..
buat semua graduan, tahniah dan selamat berjaya..

No comments:

Post a Comment