Friday, October 30, 2009
renungan..
melihat dalam diri...segunung dosa berterusan dilakukan..sedangkan rahmat Allah melaut luas...agungnya Allah..
saya bukanlah penulis hebat..sekadar berkongsi rasa dan amat mahu jiwa lain tersentuh dan semakin dekat dan sayang kepada pencipta
jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolong kamu selepas itu..kerana itu hendaklah allah sahaja org2 mukmin bertawakkal (3:160)
hamba Allah sekalian..
sekali ujian melanda..bagaimana kita berhadapan?
maka apb manusia ditimpa bencana dia menyeru kepada kami, kemudian apabila kami memberikan nikmat kepadanya, dia berkata "sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku. sebenarnye itu adalah ujian tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (39:49)
sedar atau x...sering kali kite agk down bile diuji dengan ujian..sy sendiri..xdpt bygkan..bagaimana kalu diuji..sedangkan bile dibanding kan 1 ujian dengan bjuta rahmat yg allah beri..mate, deria,suara..amat kecil bandingan ujian itu..berkata saya kepada diri...bagaimana nanti kalau kamu diuji?berat sekali?
memotivasikan org lain mmg mudah..kenapa berkeluh kesah dengan 1 ujian sedangkan rahmat melimpah? jadi sy menyeru kepada diri dan ukhti+akhi semua...dunia adalah persinggahn..lapangan ujian..manfaatkan
"...kami beritakan kpd mereka apa yg telah mereka kerjakan. sesungguhnya Allah maha mengetahui isi hati. kami biarkan mereka bersenang2 sebentar, kemudian kami paksa mereka masuk ke dalam azab yg keras" (31:23-24)
jgn kita berprasangka kepada yg lain kerana itu satu dosa (49:12) terutama nya sesama muslim..berikan semangat kepada rakan kita dan cuba jgn berbicara yg tidak elok berkaitan rakan kita..suasana kita tentunya penuh dengan tekanan..tetapi rakanlah pemberi ketenangan dlm suasana ketegangan...biar bagaimanapun penampilan rakan..berkata dalam hati'''wahai hati..carilah keindahan pdnya..bukn kelemahan"..mungkin penampilan kurang menutup aurat..tp hatinya baik..tingkah lakunya sopan..mungkin penampilan sangat menutup aurat..tapi kelakuannya kasar..sama2 ada kekurangan..tetapi hargai..yg kurang menutup aurat mungkn xsedar wajib tutup aurat..tetapi ada kemajuan dalam akhlak..yg menutup aurat telah melakukan yg wajib..tp perlu kemjuan dlm pembaikan diri..sama2 menyokong..cari yg indah..hidup xgundah
maka apb hambaku bertanya kepadamu ttg aku, maka sesungguhnya aku dekat. aku kabulkan permohonan org yg berdoa apb dia berdoa kpdku... (2:186)
ummu mujahid
NEMR
Wednesday, October 21, 2009
hari ini..
aku diminta menunggu sehingga dia OK..sangat terseksa rasanya..ntah kenapa tibe2 tidak mahu bicara dan bertutur sedangkan pada masa lain senang saje berbicara dan bercerita..
mungkin ada rasa tidak puas hati atau ingin membalas 'rasa' kepadaku..ntahla..sebab tak pernah diberitahu cuma buat andaian yang ditakuti akan tersasar andaian tersebut..mungkin juga kecewa kepadaku..manusia memang mudah kecewa, apatah lagi bila expectation tinggi menggunung namun tidak menzahir menjadi realiti..
belajarlah untuk memberi lebih daripada menerima..belajarlah untuk lebih menunaikan hak daripada menuntut hak..belajarlah untuk berkhidmat lebih daripada mohon diberi khidmat..
dalam memberi, kita juga menerima..dalam menunaikan hak, hak kita juga ditunaikan..dalam berkhidmat, kita juga diberi khidmat..
jika puncanya adalah aku, maaf dan kemaafan dipinta daripada dia..
rindu pada dia yang tidak membisu..wahai hati dan diri, teruslah bersabar..
berikan aku cinta..
Walau aku senyum bukan bererti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa
Ku bertemu dia di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangMu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga mahu bahagia
Berikan restu dan halalMu
Tuhan beri aku cinta
Wednesday, October 14, 2009
Takkan berpaling dariMu..
Kala malam bersihkan wajahnya dari bintang-bintang
Dan mulai turun setitis air langit dari tubuhnya
Tanpa sedar nikmatnya alam kerana kuasaMu
Yang tak kan habis sampai di akhir waktu perjalanan ini
Terima kasihku padaMu Tuhanku
Tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
Hanya diriMu yang tahu besar rasa cintaku padaMu
Oh Tuhan anugerahMu tak pernah berhenti
Selalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
Dan satu janjiku tak kan berpaling dariMu..
Thursday, October 8, 2009
amalan nurani..
Matahari bersinar, membawa cahaya dan beredar dengan cahaya, maka ia menyinari dan menerangi dunia sejagat ini. Andaikata ia gelap dan mengandungi kegelapan, maka sudah pasti ia menggelapkan dunia ini.. Kita semua berhijrah dan bergerak, meninggalkan kampung halaman dan akan melewati tempat2 yang dekat dan jauh. Andaikata kita mempunyai nur dan cahaya, maka nur dan cahaya itu akan terpancar dari diri kita, sebaliknya bila kita membawa kegelapan, maka kegelapan itulah akan timbul dari diri kita.. Oleh itu, kita mestilah berusaha dengan kesungguhan hati untuk mendapatkan nur itu, agar kita menjadi pembawa cahaya. Nur itu bukanlah ada pada zat manusia, tetapi manusia mendapat nur lantaran amalan nurani. Oleh itu, kita hendaklah memperbanyakkan amalan2 nurani, agar kita mencapai nur itu dan dapat memancarkan kepada orang lain. Di samping itu, kita hendaklah menjauhi amalan2 yang gelap, agar kita tidak menjadi pembawa kegelapan. Na'uzubillah.. AMALAN NURANI
Amalan2 nurani adalah ajaran2 dan sunnah2 Baginda Muhammad SAW yang dikerjakan semata2 untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Maka amalan itu hendaklah dikerjakan sebanyaknya dengan berusaha mendapat khusyuk dan tenang, supaya perilaku kita terus menjadi amalan nurani. Amalan2 nurani itu ialah:
- Berdakwah dengan sepenuh ikhlas untuk mendapatkan keimanan dan keyakinan. Dakwah itu tugas para Anbiya' a.s yang terunggul dan dakwah itu ialah sumber kebaikan dan kebahagiaan bagi makhluk2 Allah SWT.
- Ibadat, terutama solat, zikir, membaca Al-Quran, berdoa dan beristighfar.
- Mempelajari ilmu (taklim) terutama ilmu yang menyatakan natijah baik dan buruknya amalan perbuatan manusia di akhirat.
- Akhlak yang sempurna, yakni akhlak yang diajarkan oleh Baginda Muhammad SAW yang kesimpulannya ialah supaya kita berkelakuan baik dan bermoral tinggi terhadap makhluk2 Allah SWT dengan tujuan mendapat keredhaanNya.