ISO oh ISO..
ISO..Ini Susah Orang..kadang2 juga disebut Ini Seksa Orang..takrifan sebenar ialah International Organization for Standardization..pelbagai siri ISO yang terdapat di dunia ini namun siri yang diamalkan di tempat kerja ialah 9000, ataupun siri Quality Management..lebih tepat lagi 9001:2000..namun versi 2000 akan di gantikan dengan versi 2008..oleh itu kami juga bergerak untuk memenuhi keperluan dan beralih kepada versi 2008..rentetan itu, satu bengkel diadakan untuk membincangkan perkembangan ISO seterusnya menjadikan KPI sebagai halatuju ISO..
08 Ogos 2009: malamnya sesudah selesai bengkel KPI pada tengahari, bengkel ISO 2001:2008 The Way Forward dimulakan..masa petang yang ada diluangkan untuk tidur dan rehat setelah 2 hari bertungkus lumus dan bersengkang mata untuk memenuhi tugasan KPI..dimulakan dengan overview ISO dan pencapaian organisasi selama ISO diamalkan oleh Timbalan Pengarah..
09 Ogos 2009: Sesi pagi dimulakan dengan perbincangan terbuka yang diterajui oleh penasihat atau consultant untuk ISO..fokus adalah untuk menjadikan KPI sebagai halatuju ISO..berbagai perkara dibangkitkan dalam perbincangan ini..sebelah petang, perbincangan diteruskan..dan consultant menerangkan clause yang penting dalam keperluan ISO..akhirnya, Pegarah membuat kesimpulan dan sesi bergambar diadakan..
seterusnya balik rumah..hotel yang diinap selama 3 hari ditinggalkan..makanan yang enak serta tilam dan bantal yang empuk ditinggalkan..begitulah lumrah hidup di dunia..satu masa nanti pasti ada yang perlu ditinggalkan dan pergi..
kepada jawatankuasa bengkel dan peserta, terima kasih daun keladi..
No comments:
Post a Comment