dalam sebuah ikatan pasti ade pasang dan surutnya..laut yang luas itu juga punya pasang dan surut, inikan pula ikatan antara dua jiwa, antara dua hati, antara dua insan yang bernama lelaki dan perempuan..
tak kira ikatan itu ikatan yang halal atau tak, tetap akan ada pasang surutnya..si boyfreind tarik muka kepada girlfriend atau sebaliknya..si isteri merajok kepada si suami atau si tunang tersayang muncong kepada tunangnya..semua ini menjadi rencah dan asam garam sebuah ikatan..bahkan dalam bersahabat dan berkawan juga sering saje timbul sengketa dan duka..lebih dari itu, dalam sama-sama berjuang juga sering ada perselisihan dan pergeseran..
Allah SWT meletakkan perasaan dan nafsu dalam diri manusia..dengan perasaan dan nafsu ini makhluk bergelar insan hidup di atas muka bumi ini..dengan perasaan dan nafsu juga insan mengorak langkah dan menjalani kehidupan serta berinteraksi dengan insan yang lain..dalam sesebuah ikatan juga pasti tidak terlepas dari rase cemburu dan buta..cemburu kepada pasangan dan 'buta' kerana pasangan..cemburu perlu namun perlu bertempat..buta apabila sudah tidak membezakan baik dan buruk, halal dan haram dalam perhubungan..semua ini membawa kepada samada baik atau buruk kepada ikatan tersebut..
pentingnya sifat memahami dan bertimbangrasa dalam sesebuah ikatan..dalam hal ini, ego dan perasaan selalunya perlu dikorbankan untuk keharmonian sesebuah ikatan..jika seorang merajok, seorang perlu juga untuk pujok..jika dua-dua merajok,maka tiada usaha kearah pembaikan dilakukan..kadang-kadang boleh juga baik dengan sendiri tetapi usha tetap diperlukan untuk menjernihkan ikatan yang keruh..yang di pujok, hargailah pujukan yang diberi..jangan pula ambil kesempatan atas kesudian pasangan untuk memujok..sekali-sekala cubalah memujok untuk merase sukarnye untuk memujok daripada dipujok..
kepada pasangan di luar sana..selamilah hati pasangan anda..apabila berlaku perselisihan, cepat-cepatlah kembali untuk menjernihkan keadaan..jangan biarkan ia berlarutan kerana dibimbangi menjadi barah yang merosakkan ikatan..apa yang penting, sandarkan rasa itu kepada Allah..jika cinta, kasih dan sayang kepada pasangan, sandarkan ia kepada Allah..hanya dengan ketaqwaan dan keimanan barulah kita dapat selamat dari kedasyatan hari yang mana pasangan yang bercinta pun akan saling tuduh-menuduh untuk menyelamatkan diri..pada masa itu, hanya ketaqwaan dan keimanan yang dapat menyelamatkan pasangan-pasangan ini..
wahai pasangan-pasangan yang berkasih-sayang dan bercinta..berkasih-sayang dan bercintalah kerana Allah..kerana Allah jualah yang meletakkan kasih-sayang dan cinta itu di dalam hati-hati kamu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment