Rindu..satu perkataan yang cukup sinonim dengan orang yang sedang berkasih dan bercinta..ungka
pan saya rindu awak, abang rindu sayang, sayang rindu abang semacam pasti akan keluar dari mulut insan yang sedang dilamun asyik asmara..namun apakah kita sedar bahawa rindu itu juga dapat diarahkan kepada individu lain seperti ibu, ayah, adik-beradik, saudara-mara, kawan-kawan dan sebagainya? Ya, mungkin sekali kita sedar akan hal ini..tetapi apakah kita sedar bahawa rindu juga sewajibnya berputik dan subur untuk Tuhan sekalian alam, yang sentiasa memerhati dan menguruskan keperluan kita di muka alam ini..
begitu juga syukur..syukur sebagai tanda berterima kasih kepada sesiapa yang member
i kepada kita..sering kali anak-anak kecil diajar untuk mengucapkan terima kasih apabila diberi sesuatu..dan Alhamdulillah, berkat ajaran tadi, amalan itu berterusan sehingga ke alam remaja dan dewasa..sama sahaja dengan rindu, syukur dan terima kasih ini selayaknya didahulukan kepada Allah SWT..kerana Dia yang menciptakan kita, memberikan nikmat ke atas kita, menguruskan keperluan kita sehari-hari sejak di alam rahim lagi..Maha Suci Allah SWT dengan RahimNya, memenuhi keperluan si bayi melalui tali pusat yang berhubung dengan plasenta ibunya..menyempurnakan kejadian si bayi dalam keadaan gelap dan sempit, dan apabila dilahirkan Allah SWT mencampakkan rasa kasih dan sayang kepada ibu bapa dan orang lain terhadap bayi itu..
(Tuhan) Yang Maha Pemurah dan melimpah-limpah rahmatNya. Dialah yang telah mengajar Al-Quran. Dia lah yang telah menciptakan manusia. Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. (ar-Rahman:1-4)
Maka mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (ar-Rahman:13)
Rasulullah SAW, para sahabat yang mulia dan para solafussoleh telah memberikan contoh teladan yang baik kepada kita akan hebatnya rindu dan syukur mereka kepada Allah SWT..Rasullullah, seorang Nabi yang paling dikasihi Allah, solat sehingga bengkak kaki baginda semata-mata untuk melahirkan kesyukuran kepad
a Allah SWT..seorang sahabat mengikuti Rasullullah SAW solat malam di Masjid Nabawi, beliau berpendapat Rasullullah akan rukuk sesudah habis surah Al-Baqarah, namun Baginda menyambung bacaan dengan surah Ali Imran dan surah sesudahnya..sahabat tersebut tidak dapat mengikuti Baginda untuk terus bersolat kerana bacaan Baginda yang panjang di dalam solat..Nah, ini menunjukan betapa Rasullullah SAW begitu asyik dalam solat Baginda..betapa di dalam solat, Baginda dapat melepaskan kerinduan yang bersarang di dalam hati Baginda kepada Allah..
Maka mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (ar-Rahman:13)
Ini hanya sekelumit contoh yang dapat kita gali dari telaga sejarah kehidupan Rasullullah, para sahabat dan salafussoleh..banyak lagi contoh teladan dan kisah yang pasti menggegarkan jantung dan jiwa kita jika dapat menghayati dan merasai nikmat tersebut..selayaknya kita menunggu-nunggu waktu untuk berbisik-bisik dengan Allah..Tuan Guru Nuk Abdul Aziz pernah menyatakan bahawa di dalam solat adalah waktu untuk berbisik-bisik dengan Allah..ibarat seorang kekasih yang berbisik manje kepada yang dikasihi, seharusnya kite juga begitu di dalam solat, berbisik, bermanje, berharap dengan Allah SWT di dalam solat..
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala pujian bagi Allah, yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).(al-Faatihah:1-4)
Maka dengan itu, marilah kite same2 untuk mendatangkan rindu dan syukur kepada Allah..rindu dan syukur di atas setiap nikmat yang telah dan akan di berikan-Nya kepada kite semua..diriwayatkan bahawa Nabi Allah Musa a.s diperintahkan Allah SWT untuk memukul seketul batu dengan tongkat Baginda..Nabi Musa a.s telah memukul sehingga 3 lapisan batu dan Baginda telah nampak seekor ulat dengan sehelai daun yang fresh di dalam batu tersebut..baginda Musa a.s mendekatkan telinga kepada ulat tersebut dan mendengar ia sedang memuji-muji Allah SWT atas nikmat dan rezeki yang dikurniakan keatasnya..
Maha Suci Allah yang Melihatku..Yang Mengetahui tempatku..Yang Memberiku rezeki..Dan Yang tidak pernah melupakanku..
setiap detik dan ketika..setiap hela nafas yang ditarik dan dihembus..setiap mata berkelip
..setiap jantung berdetak..setiap nadi berdenyut..setiap sendi digerakkan..setiap daun yang gugur..setiap hidupan di darat, laut dan udara..setiap pecahan molekul..dalam setiap perkara, ada Allah SWT disitu..Dia yang membenarkan perkara2 ini berlaku..Dia yang mengizinkan perkara2 ini terjadi..Maha Suci Allah, Tuhan Sekalian Alam..Yang Mencukupkan keperluan setiap makhluk ciptaan-Nya..Yang Mengetahui setiap ape yang terdetik di dalam hati makhluk ciptaan-Nya..Yang Mengetahui segala-galanya..tunjukkan lah kami jalan yang lurus..suburkanlah rasa rindu dan syukur kepadaMu di dalam hati kami..Amin Ya Rabbal Alamin..
Maka mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (ar-Rahman:13)
Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang Kami Sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami meminta pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (al-Faatihah:5-7)
Orang alim pernah berkata bahawa, matahari itu bergerak dengan membawa cahaya..dengan cahaya tersebut, ia menerangi alam benua ini, dan setiap makhluk yang mendiami hamparan luas ini mendapat manfaat daripada cahaya tersebut..begitu juga kita, manusia yang selalu bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain..jika kita membawa cahaya (nur), maka orang yang ada disekeliling kite akan mendapat manfaat daripada kite..namun jika kite membawa kegelapan, orang sekeliling akan mendapat kegelapan daripada kite..
pentingnya untuk kite membawa nur dalam diri agar dapat menerangi dan memberi manfaat kepada orang lain..untuk mendapatkan nur, orang alim berpesan agar melakukan amalan-amalan nurani yang disukai oleh Allah..amalan seperti solat, quran, puasa, zikir, sedekah, khidmat dll jika dilakukan dengan betul dan ikhlas dapat mendatangkan nur dalam diri kite..dan dengan nur ini, dapat pula kita 'pancar'kan kepada orang yang berada disekeliling kite seterusnya memberi manfaat kepada mereka..
untuk beramal, perlu mengetahui syarat-syaratnya untuk beramal..tidak boleh sebarangan sahaja..mesti ikut hukum yang telah diturunkan Allah dan carenye ikut ape yang Nabi Junjungan telah tunjukkan..jika tidak akan jadi 'fatwa' nak solat pakai niat dah cukup..nak solat, Alhamdulillah tapi tak nak ikut cara Nabi SAW, nak ikut niat saje, sedangkan Rasullullah SAW dah tunjukkan bagaimana perbuatan solat tersebut yang mempunyai 13 rukun semuanya..maka amalan solat tersebut tidak sah dan tidak diterima Allah..
begitulah kite dalam sehari-hari menempuh perjalanan mase di atas dunia ini, pelbagai perkare yang kite lakukan..ade baik, buruk, harus, wajib, makruh dan sebagainya terhidang untuk kite pilih mengikut keimanan dan kewarasan kite..Allah telah menjadikan syurga dan neraka sebagai tempat kembali, bahkan Allah sudah tunjukkan jalan yang benar dan jalan yang sesat..maka kita lah yang perlu memilih apakah destinasi kite di akhirat kelak..samada bahagia atau derita..
oleh itu, sama-sama lah kita memperbanyakkan amalan nurani agar kite diberikan nur untuk diri kite dan dapat memberi manfaat kepada orang disekeliling kite..
madzul
29 & 30 Jun 2009..
audit datang lagi..kali ini internal audit atau audit dalaman..wakil dari Pusat Tanggungjawab lain akan datang untuk melakukan audit ke atas prosedur kerja kami..
audit dimulakan dengan pengenalan kepada auditor yang terdiri daripada 4 orang auditor..kamudian audit pun bermula untuk tempoh 2 hari..semua prosedur kerja diaudit dengan telus dan perlu dikemukakan bukti bahawa ia dipantau dan direkodkan..ahh ISO is all about traceability, kate seorang kenalan dan terbukti benar apabila aku sendiri mengalaminya semasa audit kali ini..owh..lupa untuk maklumkan, ini adalah audit pertama buat aku..
berlalu 2 hari, beberapa kesalahan atau ketidakpatuhan terhadap prosedur dibentangkan oleh ketua auditor..langkah pembetulan perlu diambil berhubung perkara ini..danlaporan berkenaan langkah pembetulan akan diperiksa lagi oleh auditor pada tempoh yang ditetapkan..
itu audit oleh manusia atas kerja kita..bagaimana audit tuhan ke atas hambanya? setiap detik dan hela nafas kite di dunia ini diperhati dan diteliti oleh makhluk Allah yang bernama malaikat..pekerja Allah yang setia dan taat yang mencatitkan setiap perilaku dan perifikir kite sehari-hari..maka ini juga merupakan audit dari Allah ke atas kite semua..
persoalannya..bagaimana dan apakah persediaan kite terhadap audit Allah..emmm ntah..mungkin itu jawapan yang berlegar dalam kotak fikiran kite..sebabnya mudah, kerana kite tidak pernah rase diperhati dan diawasi oleh Allah..tidak pernah rase kite di audit oleh Allah..maka, tiada langkah yang diambil untuk a
udit ini, tiada langkah pembetulan dipraktikkan apabila melakukan kesalahan dan kesilapan..sebab itu ramai sahaja insan lupa akan hukum tuhan dan menegakkan hukum sendiri..meninggalkan suruhan dan melakukan larangan Allah..bila hati kosong maka datanglah syaitan untuk menduduki dan menjajahnya..namun bila hati diisi nur iman dan amal, maka hasutan syaitan dan pesona dunia seakan disingkirkan untuk menetap di dalam hati..
Ya Allah..kami mohon kepada-Mu, tetapkanlah hati kami untuk terus beriman kepada-Mu, mentaati perintah-Mu dan mengikuti sunnah kekasih-Mu, Muhammad SAW..
madzul
11.11am
4 Julai 2009..
sekali lagi ke raub untuk meneruskan agenda pernikahanku..hari ini aku sekeluarga ke rumah Aki tunangku untuk menyerahkan duit hantaran seperti yang dijanjikan..sebelum pergi beberapa persiapan ringkas dilakukan..duit hantaran diletakkan didalam album dan dihias ala kadar..buah-buahan, pemberian 'wajib' diletakkan didalam bakul serta dihias juga..begitu juga kek yang mak aku sediakan, diletakkan di dalam bekas dan dibalut juga..
sampai di sana, kami sekeluarga disambut dengan senyuman dan kehangatan persaudaraan..mak tunangku tersenyum simpul menyambut kami..selain itu pakcik dan makcik tunangku juga ada pada masa itu termasuk adik lelakinya..
setelah duduk, mak tanpa berlengah menyerahkan duit hantaran kepada ibu tunangku..maka duit hantaran pun sudah bertukar tangan..dari pihak lelaki ke pihak perempuan..bagi aku, syukur ku panjatkan kerana telah dapat menunaikan janjiku kepada keluarga tunangku..Alhamdulillah dengan izin Allah semua berjalan lancar..hujan yang turun tidak dapat menghilangkan kehangatan yang tercipta sejak kami tiba..
aku berdoa agar hajat dan niatku tercapai pada bulan November nanti..hajat dan niat untuk mendirikan rumahtangga, menyempurnakan sebahagian agama dalam diri, memenuhi fitrah kejadianku, menyusuri hari-hari indah bersama isteriku, susah-senang, sedih tawa bersamanya..sama-sama mencari redha yang Esa, mengembara menulusuri keindahan iman dan amal nurani bersama, membesar dan mendidik anak2 bersama dan yang paling aku inginkan, aku dapat memimpin tangannya untuk bersamaku menuju syurga Allah..untuk terus berkasih-sayang dan bercinta di Jannah Allah Azzawajalla..untuk selamanya..
madzul
Salam..
aku mempunyai ikatan pertunangan dengan seorang gadis yang amat kusayangi..walaupun perkenalan kami x lame, namun rase macam dah kenal lama..macam2 yg kami bualkan saban hari..dan dari situ aku semakin kenal akan tunangku ini..dan x sabar untuk kukuhkan ikatan pertunangan ini dengan ikatan pernikahan..biar dirahmati dan diberkati..
sejak dulu, sesudah solat, aku menadah tangan dan berdoa agar dikurniakan seorang isteri yg solehah..Alhamdulillah, aku yakin doaku itu telah didengari oleh Allah dan menghadirkan tunangku untukku..sehingga kini aku masih berdoa agar isteriku nanti menjadi penyejuk mate dan hati untukku dan aku dapat menjadi penyejuk mate dan hati untuknya..
lumrah kehidupan, dalam sesuatu perkara ade pasang surutnya..begitu juga dalam ikatan pertunangan..kdg2 ade juge isu2 hangat yang terjadi tp Alhamdulillah berkat doa kami, Allah pelihara hubungan kami..susahnya hati, Allah saje yang tau, tp dengan doa dan tawakal, Allah tarik kerisauan tu sedikit demi sedikit..dan segala pujian bagi Allah, Allah gantikan dengan kegembiraan dan senang hati..
tinggal beberapa bulan lagi sebelum ijab dan qabul dilafazkan, aku berdoa agar Allah pelihara ikatan kami dan satukan kami dengan rahmat, rahim dan kasih-sayang-Nya serta memberkati ikatan dan pernikahan kami..cabaran sebenar bermula apabila berkahwin dan insyaAllah aku harap Allah mudahkan bagiku dan isteriku nanti..
Ya Allah..berkatilah ikatan kami..limpahkanlah rezeki yang berkat ke atas kami..suburkanlah rasa kasih, sayang dan cinta antara kami sebagaimana Engkau suburkan untuk Nabi Muhammad dan isteri baginda..
untuk tunangku, abang lamar dan harap sayang untuk menjadi suri hidup abang..melayari asam garam , pahit manis kehidupan bersama-sama, di bawah naungan rahmat Ilahi..
madzul
03 07 09
9.11am