Sunday, July 19, 2009

rindu dan syukur berputik kembali..

Rindu..satu perkataan yang cukup sinonim dengan orang yang sedang berkasih dan bercinta..ungkapan saya rindu awak, abang rindu sayang, sayang rindu abang semacam pasti akan keluar dari mulut insan yang sedang dilamun asyik asmara..namun apakah kita sedar bahawa rindu itu juga dapat diarahkan kepada individu lain seperti ibu, ayah, adik-beradik, saudara-mara, kawan-kawan dan sebagainya? Ya, mungkin sekali kita sedar akan hal ini..tetapi apakah kita sedar bahawa rindu juga sewajibnya berputik dan subur untuk Tuhan sekalian alam, yang sentiasa memerhati dan menguruskan keperluan kita di muka alam ini..

begitu juga syukur..syukur sebagai tanda berterima kasih kepada sesiapa yang memberi kepada kita..sering kali anak-anak kecil diajar untuk mengucapkan terima kasih apabila diberi sesuatu..dan Alhamdulillah, berkat ajaran tadi, amalan itu berterusan sehingga ke alam remaja dan dewasa..sama sahaja dengan rindu, syukur dan terima kasih ini selayaknya didahulukan kepada Allah SWT..kerana Dia yang menciptakan kita, memberikan nikmat ke atas kita, menguruskan keperluan kita sehari-hari sejak di alam rahim lagi..Maha Suci Allah SWT dengan RahimNya, memenuhi keperluan si bayi melalui tali pusat yang berhubung dengan plasenta ibunya..menyempurnakan kejadian si bayi dalam keadaan gelap dan sempit, dan apabila dilahirkan Allah SWT mencampakkan rasa kasih dan sayang kepada ibu bapa dan orang lain terhadap bayi itu..

(Tuhan) Yang Maha Pemurah dan melimpah-limpah rahmatNya. Dialah yang telah mengajar Al-Quran. Dia lah yang telah menciptakan manusia. Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. (ar-Rahman:1-4)

Maka mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (ar-Rahman:13)


Rasulullah SAW, para sahabat yang mulia dan para solafussoleh telah memberikan contoh teladan yang baik kepada kita akan hebatnya rindu dan syukur mereka kepada Allah SWT..Rasullullah, seorang Nabi yang paling dikasihi Allah, solat sehingga bengkak kaki baginda semata-mata untuk melahirkan kesyukuran kepada Allah SWT..seorang sahabat mengikuti Rasullullah SAW solat malam di Masjid Nabawi, beliau berpendapat Rasullullah akan rukuk sesudah habis surah Al-Baqarah, namun Baginda menyambung bacaan dengan surah Ali Imran dan surah sesudahnya..sahabat tersebut tidak dapat mengikuti Baginda untuk terus bersolat kerana bacaan Baginda yang panjang di dalam solat..Nah, ini menunjukan betapa Rasullullah SAW begitu asyik dalam solat Baginda..betapa di dalam solat, Baginda dapat melepaskan kerinduan yang bersarang di dalam hati Baginda kepada Allah..

Maka mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (ar-Rahman:13)

Ini hanya sekelumit contoh yang dapat kita gali dari telaga sejarah kehidupan Rasullullah, para sahabat dan salafussoleh..banyak lagi contoh teladan dan kisah yang pasti menggegarkan jantung dan jiwa kita jika dapat menghayati dan merasai nikmat tersebut..selayaknya kita menunggu-nunggu waktu untuk berbisik-bisik dengan Allah..Tuan Guru Nuk Abdul Aziz pernah menyatakan bahawa di dalam solat adalah waktu untuk berbisik-bisik dengan Allah..ibarat seorang kekasih yang berbisik manje kepada yang dikasihi, seharusnya kite juga begitu di dalam solat, berbisik, bermanje, berharap dengan Allah SWT di dalam solat..

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala pujian bagi Allah, yang
memelihara dan mentadbir sekalian alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).(al-Faatihah:1-4)

Maka dengan itu, marilah kite same2 untuk mendatangkan rindu dan syukur kepada Allah..rindu dan syukur di atas setiap nikmat yang telah dan akan di berikan-Nya kepada kite semua..diriwayatkan bahawa Nabi Allah Musa a.s diperintahkan Allah SWT untuk memukul seketul batu denga
n tongkat Baginda..Nabi Musa a.s telah memukul sehingga 3 lapisan batu dan Baginda telah nampak seekor ulat dengan sehelai daun yang fresh di dalam batu tersebut..baginda Musa a.s mendekatkan telinga kepada ulat tersebut dan mendengar ia sedang memuji-muji Allah SWT atas nikmat dan rezeki yang dikurniakan keatasnya..

Maha Suci Allah yang Melihatku..Yang Mengetahui tempatku..Yang Memberiku rezeki..Dan Yang tidak pernah melupakanku..

setiap detik dan ketika..setiap hela nafas yang ditarik dan dihembus..setiap mata berkelip..setiap jantung berdetak..setiap nadi berdenyut..setiap sendi digerakkan..setiap daun yang gugur..setiap hidupan di darat, laut dan udara..setiap pecahan molekul..dalam setiap perkara, ada Allah SWT disitu..Dia yang membenarkan perkara2 ini berlaku..Dia yang mengizinkan perkara2 ini terjadi..Maha Suci Allah, Tuhan Sekalian Alam..Yang Mencukupkan keperluan setiap makhluk ciptaan-Nya..Yang Mengetahui setiap ape yang terdetik di dalam hati makhluk ciptaan-Nya..Yang Mengetahui segala-galanya..tunjukkan lah kami jalan yang lurus..suburkanlah rasa rindu dan syukur kepadaMu di dalam hati kami..Amin Ya Rabbal Alamin..

Maka mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (ar-Rahman:13)

Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang Kami Sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami meminta pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang
Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (al-Faatihah:5-7)

No comments:

Post a Comment