Thursday, July 9, 2009

audit oh audit..

29 & 30 Jun 2009..

audit datang lagi..kali ini internal audit atau audit dalaman..wakil dari Pusat Tanggungjawab lain akan datang untuk melakukan audit ke atas prosedur kerja kami..

audit dimulakan dengan pengenalan kepada auditor yang terdiri daripada 4 orang auditor..kamudian audit pun bermula untuk tempoh 2 hari..semua prosedur kerja diaudit dengan telus dan perlu dikemukakan bukti bahawa ia dipantau dan direkodkan..ahh ISO is all about traceability, kate seorang kenalan dan terbukti benar apabila aku sendiri mengalaminya semasa audit kali ini..owh..lupa untuk maklumkan, ini adalah audit pertama buat aku..

berlalu 2 hari, beberapa kesalahan atau ketidakpatuhan terhadap prosedur dibentangkan oleh ketua auditor..langkah pembetulan perlu diambil berhubung perkara ini..danlaporan berkenaan langkah pembetulan akan diperiksa lagi oleh auditor pada tempoh yang ditetapkan..

itu audit oleh manusia atas kerja kita..bagaimana audit tuhan ke atas hambanya? setiap detik dan hela nafas kite di dunia ini diperhati dan diteliti oleh makhluk Allah yang bernama malaikat..pekerja Allah yang setia dan taat yang mencatitkan setiap perilaku dan perifikir kite sehari-hari..maka ini juga merupakan audit dari Allah ke atas kite semua..


persoalannya..bagaimana dan apakah persediaan kite terhadap audit Allah..emmm ntah..mungk
in itu jawapan yang berlegar dalam kotak fikiran kite..sebabnya mudah, kerana kite tidak pernah rase diperhati dan diawasi oleh Allah..tidak pernah rase kite di audit oleh Allah..maka, tiada langkah yang diambil untuk audit ini, tiada langkah pembetulan dipraktikkan apabila melakukan kesalahan dan kesilapan..sebab itu ramai sahaja insan lupa akan hukum tuhan dan menegakkan hukum sendiri..meninggalkan suruhan dan melakukan larangan Allah..bila hati kosong maka datanglah syaitan untuk menduduki dan menjajahnya..namun bila hati diisi nur iman dan amal, maka hasutan syaitan dan pesona dunia seakan disingkirkan untuk menetap di dalam hati..

Ya Allah..kami mohon kepada-Mu, tetapkanlah hati kami untuk terus beriman kepada-Mu, mentaati perintah-Mu dan mengikuti sunnah kekasih-Mu, Muhammad SAW..

madzul
11.11am




No comments:

Post a Comment