Tuesday, May 26, 2009

kerja

Kerja..semua orang ingin ada pekerjaan dan kerja..sesudah belajar, apa yang telah diilhamkan dalam kepala adalah kerja..cari kerja..mintak kerja..dapat kerja..pergi kerja..ponteng kerja..tukar kerja..berhenti kerja dan macam-macam lagi kerja..

Ooh! Pening kepala
Memikirkan tak ada kerja
Tanam Anggur
Sijil diploma
Ah! Gantung didinding saja

Ooh! Lega rasanya
Jawat kerja pegawai pemasaran
Di Pertama
Rupa, oh! Rupanya
Kerja am sajaaa!

Rupa-rupanya aku juga seorang pekerja..hari-hari yang aku lalui dipenuhi dengan kerja aku..orang lain juga begitu aku fikir..sama sahaja, bagun pagi, pergi kerja..petang atau malam balik kerja..rehat dan tido, esok pergi kerja semula..hujung minggu cuti..duduk-duduk di rumah sahaja jika tidak kemana-mana, tetapi ada juga yang pergi kerja sewaktu cuti..untuk apa?terpulang pada mereka..mungkin untuk OT, kerja tak siap lagi, rajin barangkali ataupun mahu chatting sahaja kerana sumber internet free di ofis..huh..macam-macam hal dengan kerja..

Ooh! Terpinga-pinga
Tak puas lagi beradu, mengantuk
Subuh hingga senja
Ah! Hari-hari sama saja

Ah! Nak bancuh kopi
Tapi gulanya tiada, minum saja
Kerja bagai nak gila
Ah! Tak juga kayaaa!

Namun, kerja yang diamanahkan kepada kita adalah amanah dari Allah. Sehebat mana atau sekecil mana kerja kita, itu adalah sumber rezeki dan kurnia dari Allah. kerja itu datang bersama amanah, tanggungjawab dan tuntutan untuk mengerjakannya dengan jujur dan ikhlas kepadaNya..apabila kerja dihayati, amanah dapat dipenuhi, rezeki diberkati dan hidup dirahmati..wahai sekalian manusia, bertebaran di muka bumi untuk mencari rezeki yang halal..

salam..

Dari surf, bace, tgk dan perhati blog org, aku cuba untuk sign up blog sendiri. hakikatnya tak tau nak tulis dan letak apa dalam blog. Nka cerita pasal diri aku?tak payah la..ade ke orang nak bace..tapi aku x nafikan ade blog yang amat bagus dan berguna kepada pembaca..blog-blog ini sarat dengan ilmu, fakta dan kisah yang amat berguna dalam kehidupan..bagi aku, setakat hari ini, blog aku cume tempat untuk aku bebas mencurah rasa dan masa kepada apa-apa yang aku ingin katekan..

selamat untuk aku..